Tuesday 22 October 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kepakaran kami adalah menghasilkan keropok asli keluaran BumiputraTawau yang SEDAP, RANGUP & HALAL dan dihasilkan menggunakan RESEPI KELUARGA YANG TERBAIK. Sekali rasa, makan tanpa henti hingga gigitan terakhir. Masalahnya banyak produk keropok yang berada di pasaran kini masih diragui status kehalalannya malah indah khabar dari rupa. Kami memastikan produk kami dihasilkan dari bahan-bahan terbaik dan terjamin halal serta tahap kebersihannya demi menghasilkan produk keropok yang sangat-sangat mantap."


Alhamdulillah syukur ke hadrat Mu Ya Allah di atas segala nikmat dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada ku dan keluargaku, juga sejahtera ke atas nabi junjungan kita Rasulullah SAW. 

Alhamdulillah setelah beberapa lama mencari, tercari2 arah maka blog ini terhasil walau pun dalam keadaan diri yang sangat-sangat low motivated namun syukur masih diberikan kekuatan fizikal & mental untuk menghasilkan blog ini. 

Blog ini bertujuan untuk memperkenalkan, mempromosi, memasarkan dan memberi info2 berkaitan produk keropok keluaran Amani's Crunch (Keropok Amani). Amani' Crunch telah ditubuhkan semenjak Jun 2013 dan pertumbuhan setakat ini amat menggalakkan. Promosi produk pada masa ini menggunakan Fcebook sebagai peranatara namun kami merasakan sudah sampai masanya untuk kami memulakan satu blog supaya produk kami dapat dicapai dengan mudah oleh pengguna-engguna di luar sana.

Tujuan utama bukanlah untuk pemasaran semata-mata malah kami ingin memberi peluang kepada anda untuk menambah nilai hidup anda. Hubungi kami sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk kami, sama ada untuk dinikmati sendiri bersama keluarga mahu pun untuk anda menjana pendapatan. Kami jamin, produk ini adalah yang PERTAMA di pasaran. 

Produk kami :-

1. Keropok Bawang Asli


2. Keropok Popia Kari